Wednesday, September 15, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2010


Salam...masih belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dan MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada kekawan semua....
Raya macam biasa saja lebih kepada anak tunggalku sorang ni........
collection duit raya anak aku cam biasa...murah rezekinya...amin...
Kepada kekawan jemputlah kerumah ku di hari raya ni ya...

Wednesday, August 18, 2010

Lawatan KMJ ke KKLJ




Salam semua....pakabar????Ini coretan aku terkini..Baru-baru ni bertempat di KKLJ telah dilawati oleh KMJ yang diketuai oleh Sultan Ibrahim.Aku pun terlibat sama untuk mengadakan pameran peserta kursus pendek yang telah berjaya menjadi usahawan...apalagi akupun buat promosi menjual biskut raya, kerepek dan kuih muih.
Kenangan yang paling aku tidak dapat lupakan, bila dapat bersalaman dengan Sultan Ibrahim..tergamam aku bila baginda menghulurkan tangannya...aku terus menyambut dan mencium tangannya..aduhai lembutnya tangan...rasa tak nak basuh tangan ni...mungkin ini kali pertama dan terakhir aku dapat berjumpa dan bertentangan muka dengan baginda sultan...anak baginda TMJ datang melawat ke gerai ku...tak nak pulak mencuba biskut ku dia kata diet akupun tak menghulurle balang biskut..rupa-rupa ada sorang wartawan bagitau aku sepatutnya kena hulurkan balang kepada TMJ mana le aku tau...takde pengalaman..itu saja coretanku kali ni..wasalam.

Sunday, July 25, 2010

koleksi biskut raya 2010


Salam semua.....biasa le ramadan dah nak sampai.....pelanggan tetap aku sibuk bertanyakan sample biskut raya....baru semalam aku mengambilnya dari sepupu aku...
Harga gula naik....biskut tahun ni pun naik....Semua biskut aku jual RM17.00 untuk 50 keping..cuma tart nenas aje aku terpaksa jual RM18.00, ini semua gara2 harga barang naik.Aku bercadang juga nak buat part time job dengan makcik aku pada ari sabtu dan ahad..Inilah hobi aku mencuba buat biskut.Mungkin bila aku dah pencen nanti bolelah bidang ini menjadi sumber pendapatan aku....Korang tatap lah biskut-biskut yang bakal ku jual pada tahun ini.Kalu berkenaan hantar lah pesanan dengan segera agar tidak tertinggal nanti....wasallam..

Tuesday, July 13, 2010

Bercuti


Salam...lama dah tak pegi bercuti, last sekali pegi taman negara ledang masa cuti raya cina ari tu...anakku dah sibuk bertanya bila lagi nak pegi bercuti????anakku sibuk nak pi swimming tapi taknak mandi kat pantai..geli kata dia, nak swimming kat swimming pool aje....nanti cuti bulan disember ni aku nak bawak dia bercuti di port dickson ajelah...janji ada swimming pool...

Thursday, June 3, 2010

Anak....


Salam...agak lama aku tak berblog...mungkin masa mencemburui aku untuk berblog....kali ni aku nak citer pasal anak.Semua orang tau anak adalah satu anugerah yang paling berharga yang perlu kita jaga....belai....perhatian....sentuh....bimbing.aku nak katakan sesuatu pada mereka-mereka yang sibuk mencari harta dunia beringat-ingatlah....jangan leka mengejar harta dunia..anak diketepikan.Selalu bersama-sama anak melihat tumbesaran mereka....membimbing mereka, jangan mengharap orang lain.Aku rasa puas bila melihat anak aku membesar didepan mataku sendiri.Aku tak mahu masa-masa bersamanya berlalu begitu saja tanpa kenangan dimasa akan datang.Aku percaya anak tidak tau menghargai kita kalu kita tidak menghargai dan memberi tumpuan kepadanya dari semenjak mereka kecil lagi.Anak akan ingat segala-gala yang berlaku tanpa kita sedari walau peristiwa sebesar kuman. Tak hairan sekarang ramai anak kurang ajar pada mak bapa.Pada aku harta dunia boleh cari pada bila-bila masa...tapi masa bersama anak tidak boleh bertukar ganti...Oleh itu teman-temanku beringat-ingatlah sebelum terlambat...Terima kasih kerana sudi membaca coretan ni....wasalam..

Tuesday, April 6, 2010

DIKAKI GUNUNG LEDANG



Salam..sori lah lama tak berblog...ada malas sikit kebelakangan ni...nak citer masa raya cina aku n ahli keluarga yang lain pilah bermlm di taman negara gunung ledang. Seronok juga sesekali pi bercuti.anak aku paling gembira kerana dia bebas nak buat apa saja tanpa bantahan dari aku.TEmpatnya privacy dan ok lah, air terjun sejuk maklum le air gunung...ikan-ikan berkeliaran.Lepas ni kemana pulak plan kita orang nak pergi ya???Tolong fikir-fikirkan.

Wednesday, January 13, 2010

2 tahun berlalu....


Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya
tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu
wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi..pergi...
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya
kau kulupa
Apapun kata mereka
Biarkan kenangan
berbunga di ranting usia....
Salam...akak nak berkongsi cerita berkenaan selepas 2 tahun pemergian suami akak.
Sehingga ke saat ini akak masih mengingati kenangan bersama arwah dan masih menyayangi dan merinduinya.Hari ini pada 15 Januari 2010 genap lah dua tahun pemergian arwah suami akak. Dua malam sudah akak bermimpi berjumpa dengan arwah suami seperti biasa tanpa berkata-kata hanya memandang akak saja....Walaupun sudah 2 tahun pemergiannya ke rahmatullah tapi akak masih terlalu merinduinya dan kasih sayang akak kepada arwah suami masih utuh lagi.Hingga kesaat ini masih belum ada penggantinya.Hanya anak akak satu-satunya waris, tempat akak mencurahkan segala kasih sayang..Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempat bersama-sama orang yang beriman dan tenang di alam bazakh...Al Fatihah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin