Tuesday, December 22, 2009

Ledang

Salam semua....pakabar??? Akak sekarang ni kerja kat SK Ledang, semuanya tempat keja akak hujung ada Ledang. Sebelum ni Kolej Komuniti Ledang. Kalu tak akak akan ke SK Sri Ledang tup-tup dapat tukar kat SK Ledang...Balik semula asal kat bandar Tangkak. Nanti kalu dah free2 akak jumpa korang kat kolej ek.Tapi rasanya ari Jumaat aje bole pi jumpa. Kalu ari lain setakat nak pi makan tengahari sama bolelah...Akak kat tempat baru ni blur2 aje almaklum le masuk sek rendah.Banyak benda baru yang nak kena belajar dari bawah.Tapi akak cuba sedaya upaya untuk belajar almaklum le sejak umur dah meningkat veteran otak pun dah berkarat...Apa2 malaysia boleh.Wasalam

Wednesday, December 2, 2009

apa kabar semua???

Salam semua...sorilah akak dah lama tak berblog almaklum le tak da internet...harap semua geng2 akak chat semuanya, rindu lah nak berblog dgn korang.Akak sekarang ni ada kat kl, esok ada taklimat kat puterajaya.Almaklum le akak ni dah dapat kerja tetap kat gomen. Lepas taklimat, ari jumaat akak kena lapor diri kat Jabatan Pelajaran Johor lepas tu tak tau le posting kat mana.harap2 kat rumah akak aje kat sekolah yang bersekitar dengan rumah akak....k kalu ada apa2 citer sms ajelah kat akak ya..semoga bertemu lagi..selamat maju jaya dan selamt tahun baru..

Tuesday, September 22, 2009

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum kepada semua kekawan akak,

Disini akak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hariraya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali diri akak.Jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita harap maafkan...kepada mereka yang telah membeli biskut raya akak harap tahun depan order le bebanyak sikit biskut raya tu. Jika biskut tu tak cukup 50 keping satu balang harap maaf ya maklum le buat biskut masa bulan posa..pepaham ya, kalu lebih 50 keping kira akak sedekahlah ya...Agaknya kalu akak pegi rumah mereka ni biskut rayanya kat rumah tu semua nya sama ya.Nanti jemput le kerumah akak, kalu nak datang bagitau awal-awal...bole juga prepare mee goreng bodoh ke...atau maggi goreng ke.sori le lama tak update blog al maklum le...akhirkata selamat berhariraya jangan lupa naik kerja pulak....

Thursday, August 20, 2009

Menjelang Ramadhan....Syawal..



Gambar raya 2008

Salam semua,Sempena kita akan berpuasa esok...akak ingin kongsi suka duka citer akak semasa menyambut ramadhan.Diam tak diam tahun kedua akak dan anak menyambut Ramadhan dan Syawal tanpa orang yang paling disayangi....abang.Cepat sungguh masa berlalu rasanya macam baru semalam arwah suami pergi meninggalkan akak. Akak dalam bulan Syaaban ni asyik terkenangkan arwah suami saja.Terus terang akak katakan akak masih belum dapat lupakan kenangan bersamanya walau sehalus sutera...sukar untuk melepaskan kenangan pergi.Kalau dulu-dulu menjelang nak puasa arwah yang sibuk berbelanja barang dapur, pi pasar beli apa yang patut.Akak masa tu sibuk dengan kerja aje..Walaupun arwah berada didalam keadaan tidak berapa sihat, arwah tetap dapat menghabiskan puasa selama sebulan. Kalau hari arwah pi cuci buahpinggang..dia cuma berbuka air mineral dan buah kurma saja di hospital, bila balik dalam pukul 8.30 mlm barulah makan nasi...akak pun samalah berbuka hanya makan kuih saja sebab nak makan malam bersama.Kalau kesihatannya ok arwah akan bertarawih di masjid jika tidak dirumah saja.Menjelang nak raya arwah paling sibuk dalam bab mengemas luar dan dalam rumah, akak pun lagi sibuk le melayan kerenah arwah...Biasanya shopping untuk anak dah buat sebelum bulan puasa lagi..masa ni arwah akan bershopping untuk dirinya beli kemeja dan seluar baru, kasut dan pelbagailah maklum le arwah ni stail shopping setahun sekali aje.Sekarang ni akak lebih untuk anak aje...untuk diri akak ala kadar aje. Nasib baik adik beradik akak semuanya ok....pelbagai barang dibelinya untuk anak akak.Risau juga bimbang anak akak terlebih manja, kalau nak sesuatu dapat aje....Akak rasa setakat ini saja coretan akak, Semoga dicucuri rahmat keatas roh abang dan ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman...amin, insyallah panjang umur akak akan membuat umrah kepada arwah setelah selamat membuat haji untuknya dan Selamat Menjalani Ibadat Puasa kepada semua blogger yang mengenali akak..take care..wasalam.

- Masih teringat lauk kegemaran arwah kari ayam bersama ketupat.....

Wednesday, August 5, 2009

JADI PESERTA KURSUS PULAK...


Khusyuk melihat cara memasak dari chef anak dara


Bersama chef muda dan tukang sibuk


lastly bergambar beramai-ramai

Salam...sorilah akak dah lama tak menulis kat blog...busy sikit dan busybody sekali.
Nak citer sikit, minggu lepas 3 hari berturut-turut akak jadi peserta kursus buat kek dan roti bersama dengan makcik-makcik dari felda wilayah selatan...tgk le gambo-gambo dia orang macam-macam gaya ada. Biasalah dalam kelas, cikgunya muda belia apalagi makcik-makcik ni buatlah gaya sendiri tak ikut arahan cikgu, lastly macam2 bentuk rupa kek n roti.Makcik-makcik ni rupanya ada yang berniaga kecil-kecilan (IKS) ada yg jual kuih baulu, roti n kek, biskut raya..macam-macamlah seronok akak dapat berjumpa dia orang dpt bertukar pengalaman.Sempat juga bertukar no telepn, manatau satu hari nanti akan nak jadi pembekal produk dia orang.Seronok makcik2 ni tempat tido disediakan kat Gunung Ledang Resort lagi...akak tak ikut serta sebab masalah anak akak takde org nak jaga. Terasa cepat sangat masa berlalu, 3 hari berlalu saat berpisah pulak...terharu sikit.....tapi ialah masing-masing ada perkara yang hendak dilakukan dan uruskan....korang tengoklah gambar2 dia orang tu..glamor tak?????

Sunday, July 26, 2009

BISKUT RAYA


Salam semua,
Akak nak buat pengumuman penting...kepada sesapa yang ingin membeli biskut raya boleh le ke kaunter akak pada bila-bila masa. Ada sampel biskut raya, tapi tak bole rasa sebab stok limited sikit. Sebenarnya sepupu akak ni biasanya jual untuk pasaran sabah, sarawak dan brunei..tapi tahun ni akak cakap nak cuba market kat sini pulak...Murah aje harga orang kampung....kalu lalu lalang kat depan tu jangan lupa singgah kat tempat akak ek...bye..bye..

Wednesday, July 15, 2009

Spiderman Malaysia


Ini lah aksi anak aku berangan nak jadi spiderman, nasib baik dia tak buat melekapkan badan kat dinding sbb badan dia berat agaknya. Baju ni aku beli kat tangkak aje harga RM10.00 siap dapat topengnya lagi..tapi anak aku kata ni baju cicakman.


Inilah aktiviti harian anakku.....semalam baru beli robot transformers kat pasar malam, nasib harganya 3.00 aje, kalu 30.00 bangkrap aku.

Sunday, July 12, 2009

MUSANG..MUSANG...

Pagi seperti biasa aku menyidai baju-baju yang telah dibasuh malam tadi di stor tepi rumah...masa tu dah 7.10 pagi. Tiba-tiba aku terpandang macam seekor kucing menuju laju ke arah aku, bila dah dekat menjerit aku rupa-rupanya seekor musang...kelamkabut le aku. Musang tu lari ke belakang....aku sidai baju pun tak tentu arah. Tak lama kemudian aku ternampak dua ekor musang lari berdekatan stor aku menyidai baju ke arah stor tempat aku letak kereta...apa lagi bertempiaran aku berlari, aku citer dengan mak aku, mak cakap memang ada musang kadang-kadang berkeliaran kat rumah...kat pukul 7.30 pagi aku nak ambil kereta, aku dah suspen sebab aku rasa musang2 tu ada kat area tu....lagipun pokok-pokok kat area tu bergoyang-goyang tengah buat projek kot..heh.heh.heh...Aku pun cecepat masuk kereta dan sebelum tu aku suruh anak aku tunggu kat balkoni bila aku suruh turun baru dia turun...rasa takut pun ada, kelakar pun ada......

Friday, June 26, 2009

Durian..durian..durian



Ini gambar kat atas tu, kakitangan awam KKLJ tengah menjamu selera durian kahwin yang telah diberi oleh pak guard, tak tau waktu tu time rehat atau time mengular agaknya...masing-masing hilang akal bila nampak durian.Masing-masing perut dah boroi akibat makan durian banyak...


Aku nak citer sikit aje..Dah 2 hari ni kat tempat keja aku dia orang dok makan durian, pening kepala aku dibuatnya.Baunya dah le kuat,dok dalam air cond pulak tu, tak hilang-hilang baunya.Dah le kat rumah bau durian, kat dalam kereta pun bau...rasa nak muntah pun pulak. Tiap-tiap pagi bila aku lalu kat Tangkak kebanyakka cina tengah mengangkut buah durian, membelek dan menimbang. Sekarang ni banyak aktiviti buah durian.Apa-apa pun ini dia Raja Buah...tetap sedap, enak,manis,lemak sukar nak digambarkan.Aku dan anak aku pun suka makan buah durian ni.

Persiapan Kursus Dihujung Minggu............




Tapi yang ini gambar nasi tambah aje kat kaunter, ada yang nak jadi model, ada yang nak jadi mak datin...macam-macam ada...YB pun ada..



Inilah kerja kitaorang kalau ada kursus pendek dihujung minggu masing-masing sibuk membuat goodies bag, jangan ingat kitaorang lepak aje kat kaunter. Dia orang ni rajin menolong akak atau menyibuk tak tau le...

Thursday, June 18, 2009

Menyentuh Perasaan....


Semasa aku diklang tempohari, aku teringat kata-kata anak tunggalku......begini ceritanya. Tika sampai ditanah perkuburan anakku terus berkata "ama kat atas tu kubur ayah apis"..terkedu aku, aku cakap nanti kita pergi, anakku macam excited sangat nak memanjat jalan menuju ke kubur ayahnya. Aku cakap apis kena tunggu kejap lagi sampai selesai pengebumian mak sedara aku.Sehabis aje selesai aku terus membawa anakku ke kubur arwah suamiku bersama-sama adik beradikku yang lain.Sampai di kubur anakku terus cakap "ayah apis datang"..sayu aku mendengarnya...terus ayahku membaca tahlil dan doa anakku pun mengangkat tangan, selesai saja dia terus bertanya kat aku "ama kenapa tak bawa bunga apis nak tabur kat kubur ayah ama lupa ya"..tuhan saja yang tahu hati dan perasaan aku tika tu, ahli keluarga aku yang lain terus terdiam.Adikku terus memberi botol air dan menyuruh anakku menjirusnya.Semasa nak balik tu anak aku sempat mengambil dua biji batu sungai di kubur ayahnya dan berkata "ayah apis ambil batu ayah ya, terimakasih"....nanti apis datang lagi...hanya tuhan saja yang tahu dan memahami hati dan perasaan aku...amin.

Tuesday, June 16, 2009

Tok Yah...dalam kenangan

Pada hari semalam 16 Jun 2009,aku dikejutkan bunyi handphone tepat jam 3.50 pagi..aku rasa ketika ini semua orang tengah syok tido dan bermimpi. Aku menerima panggilan daripada mak saudaraku uda pin dengan suara yang tenang memberitau tok yah telah meninggal dunia akibat kanser pankreas.Dekat 10 minit aku terkedu, lepas tu aku terus menghubungi kakak-kakak dan adik-adik, hanya kakakku diKelantan saja yang menjawab panggilanku yang lain aku hantar sms.Masa aku nak bagitau orang tua ku risau juga takut dia orang terkejut, perlahan-lahan aku menjenguk bilik orang tua dan mengejutkan emak aku dan memberitaunya...aku tengok wajah mak aku tenang aje mendengar berita adik telah pulang ke rahmatullah. Lepas tu aku langsung tak boleh tidor, terus bangun dan membuat sarapan dan persiapan untuk ke klang. Jam 8.30 baru kami bertolak ke klang,sepanjang perjalanan aku terkenang balik kenangan-kenangan bersama mak saudara yang ku anggap macam ibu kedua, susah senang aku semasa tinggal di klang semuanya dia tau dan mengambil berat tentang aku dan anakku.Kira-kira pukul 10.30 pagi kami sampai di rumah arwah...aku dan emakku adalah orang terakhir menatap wajah arwah, aku cuba menahan sebak tapi tewas, mak aku sempat berpesan kalu nak cium arwah jangan menitis airmata...anak-anak arwah, kak long dan angah memelukku dan menangis,aku hanya bole berkata byk bersabar, kak chik ada ni.Menurut kata angah arwah meninggal dalam tidor jam 3.15 pagi, masa tu turn anak bongsunya yang jaga, tapi dia tertidor, sedar-sedar kaki dah sejuk tapi badan masih panas..masih baru meninggal.Kira-kira pukul 11 pagi jenazah dibawa ke masjid dan seterusnya ke kubur. Sampai saja di kubur anak aku berkata "ama tok yah nak masuk kubur sama dengan ayah apis ke??", pilu aku mendengarnya.Anak aku ingin pergi ke tepi lubang kubur tapi tak dapat kerana orang ramai, lepas tu dia asyik memandang bajak yang menimbus lubang lahad.Selesai membaca talkin, kami semua balik kerumah arwah dan membuat persiapan untuk majlis tahlil malam nanti, aku pandang setiap sudut rumah, masih terbayang-bayang wajah arwah, banyak kenangan bersama arwah mak sedara aku...dulu-dulu kalu dia nak kemana-mana akulah yang rajin melayannya jika anak-anaknya tak sempat.Kalau kerumah pasti ada saja masakan yang sedap-sedap dibuatnya.Arwah ni memang pandai masak, jika ada kendur-kendara dirumah jiran-jiran dia yang jadi tukang masak especially nasi beriani johor.Arwah seorang yang rajin memasak, mengemas dan melayan kerenah anak-anak saudara.Kalau saudara mara kampung datang ke kl pasti akan singgah kerumahnya.Jika arwah sekeluarga balik kampung pasti rumah aku jadi portnya, aku akan bawa dia ke Bukit Gambir untuk dia bersopping tudung, pinggan mangkuk sebab hobinya bershopping.Semasa aku menjaga arwah suami yang koma di hospital selama sebulan, arwah menolong jaga anak aku.Masa aku bersalin pun arwah yang sibuk kerana aku berpantang dirumahnya...arwah memang ku anggap macam ibu.Kali terakhir aku berjumpa dengannya kira-kira 2 minggu lepas semasa arwah berubat di Melaka..Sebelum arwah pulang dia sempat bersalam dan memelukku meminta mendoakan kesejahteraannya, aku dan arwah bertangis-tangisan.Aku pulang kekampung malam tu juga selepas majlis tahlil..sebelum pulang sempat pakcik berkata walaupun arwah telah tiada kita tetap tidak putus saudara..Aku doakan semoga dicucuri rahmat keatas rohnya dan ditempat bersama-sama orang yang beriman, aku rela pemergianmu...amin

Tuesday, June 9, 2009

SEPI...........



Dah setahun satu bulan aku pulang dan menetap di kampung........
Baru sekarang aku mulai terasa sunyi dan sepi, kekadang aku masih rasa sayu dan sedih mengenangkan kisah-kisah lama aku.Dah setahun empat bulan arwah suamiku pergi tapi aku terasa macam baru semalam dia meninggalkan aku dan anak tunggalnya.Aku rasa kehidupan aku masih dalam kenangan bersamanya. Walaupun life must go on tapi bukan mudah bagiku untuk melupakan kenangan manis dan pahit bersamanya. Anak tunggalku pun makin hari makin membesar fizikal dan mentalnya. Kekadang dia pun masih teringat kenangan bersama ayahnya. Apa saja barang-barang yang dibeli oleh ayahnya, dia akan kata "ini ayah apis yang belikan". Barang-barang peninggalan arwah suamiku pun anakku masih ingat, seperti cermin matanya, baju, kain pelekat even barang-barang kecil anakku kata barang ayahnya.Bila dia teringatkan arwah suamiku, anakku akan bercerita apis tabur bunga dan jirus air di kubur ayah dan bajak telah mengorek dan menimbus tanah kubur ayah. Kekadang bila dia ternampak kereta macam kereta kembara ayahnya di tengah jalan dia akan cakap itu kereta ayah apis, tapi kereta ayah apis telah diambil oleh nenek timahnya.Macamana aku boleh melupakan kenangan itu, sedangkan anakku masih ingat lagi peristiwa lama padahal ketika itu dia baru berumur dua tahun......Kekadang anakku akan bertanya kat aku, "ama kenapa ama tak beli ayah baru?".Tekedu juga aku nak menjawap soalan cepumas tu.Apa-apa pun hidup perlu diteruskan dan insyaallah aku akan menjaga dan mendidik anak aku hingga ke akhir hayatku dan berdoa dia akan menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.Aku pulak akan berbakti serta menjaga kedua orang tua ku sementara hayat dia orang masih ada.Untuk diriku......semoga kehidupanku berada didalam keadaan yang baik, selamat dan sejahtera..amin.

Thursday, March 26, 2009

Besday parti Bob Hafeez.........



Besday Hafeez pada 24 Disember 2008..............


Pada bulan disember 2008 aku telah buatkan parti harijadi anak aku yang ke-3 pada hari krismas. Pertama kali aku buat parti secara besar2an, ramai juga tetamu yang hadir terdiri jiran2 dan saudara mara aku. Aku masih teringat pada sambutan harijadi pertama anak aku, aku menyambut berdua aje sebab masa tu tengah perang dingin dengan arwah suami aku. Tahun ke2, aku buat parti bersama2 anak buah aku kerana arwah suami sedang terlantar koma di hospital. Masa tu aku rushing balik kat rumah mak sedara aku di Port Klang sebab dia orang dah prepare makanan untuk parti tu...Aku fikir aku kena gembirakan anak aku juga, walaupun di hati ini hanya tuhan aje yang tahu. Tapi pada tahun 2008, setelah aku berpindah ke kampung pertama kali rumah aku mengadakan parti harijadi, mak aku pun siap buatkan pulut kuning untuk cucu kesayangannya.Disamping kerjasama dari kakak2 dan adik aku majlis ini berjalan dengan sempena serta meriah. Anak aku teramat excited dengan kek huruf tiga dan besarnya.


Insyallah kalu ada rezeki dan panjang umur aku akan mengadakan parti harijadi anak tunggal aku ni pada tahun ini....wasalam.....................

Thursday, March 19, 2009

Blog pertama dalam tahun ni....

Pertama kali belajar gunakan blog.......
Hari ni aku first time belajo buat blog daripada cikgu azie..eheh..eh.
Mula-mula tu pening juga aku nak memahami cara nak buat blok ni.Tapi nasib baik ada orang-orang dikeliling aku sudi mengajarnya. Maklum le kat kolej ni aku tergolong dah otai dan veteran. Di sini pensyarah2 dan staf semuanya muda-muda belia.Nanti aku boleh eksen dengan kakak2 dan adik2 aku yang aku ni dah pandai tulis blog, tentu dia orang terkejut sebab aku ni tergolong orang yang buta it dan komputer.
Nantilah aku akan coretkan lagi kisah-kisah menarik tentang aku, anak aku,kekawan aku,keluarga dan lain-lain lagi ek............

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin