Thursday, June 3, 2010

Anak....


Salam...agak lama aku tak berblog...mungkin masa mencemburui aku untuk berblog....kali ni aku nak citer pasal anak.Semua orang tau anak adalah satu anugerah yang paling berharga yang perlu kita jaga....belai....perhatian....sentuh....bimbing.aku nak katakan sesuatu pada mereka-mereka yang sibuk mencari harta dunia beringat-ingatlah....jangan leka mengejar harta dunia..anak diketepikan.Selalu bersama-sama anak melihat tumbesaran mereka....membimbing mereka, jangan mengharap orang lain.Aku rasa puas bila melihat anak aku membesar didepan mataku sendiri.Aku tak mahu masa-masa bersamanya berlalu begitu saja tanpa kenangan dimasa akan datang.Aku percaya anak tidak tau menghargai kita kalu kita tidak menghargai dan memberi tumpuan kepadanya dari semenjak mereka kecil lagi.Anak akan ingat segala-gala yang berlaku tanpa kita sedari walau peristiwa sebesar kuman. Tak hairan sekarang ramai anak kurang ajar pada mak bapa.Pada aku harta dunia boleh cari pada bila-bila masa...tapi masa bersama anak tidak boleh bertukar ganti...Oleh itu teman-temanku beringat-ingatlah sebelum terlambat...Terima kasih kerana sudi membaca coretan ni....wasalam..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin