Friday, June 26, 2009

Durian..durian..durian



Ini gambar kat atas tu, kakitangan awam KKLJ tengah menjamu selera durian kahwin yang telah diberi oleh pak guard, tak tau waktu tu time rehat atau time mengular agaknya...masing-masing hilang akal bila nampak durian.Masing-masing perut dah boroi akibat makan durian banyak...


Aku nak citer sikit aje..Dah 2 hari ni kat tempat keja aku dia orang dok makan durian, pening kepala aku dibuatnya.Baunya dah le kuat,dok dalam air cond pulak tu, tak hilang-hilang baunya.Dah le kat rumah bau durian, kat dalam kereta pun bau...rasa nak muntah pun pulak. Tiap-tiap pagi bila aku lalu kat Tangkak kebanyakka cina tengah mengangkut buah durian, membelek dan menimbang. Sekarang ni banyak aktiviti buah durian.Apa-apa pun ini dia Raja Buah...tetap sedap, enak,manis,lemak sukar nak digambarkan.Aku dan anak aku pun suka makan buah durian ni.

Persiapan Kursus Dihujung Minggu............




Tapi yang ini gambar nasi tambah aje kat kaunter, ada yang nak jadi model, ada yang nak jadi mak datin...macam-macam ada...YB pun ada..



Inilah kerja kitaorang kalau ada kursus pendek dihujung minggu masing-masing sibuk membuat goodies bag, jangan ingat kitaorang lepak aje kat kaunter. Dia orang ni rajin menolong akak atau menyibuk tak tau le...

Thursday, June 18, 2009

Menyentuh Perasaan....


Semasa aku diklang tempohari, aku teringat kata-kata anak tunggalku......begini ceritanya. Tika sampai ditanah perkuburan anakku terus berkata "ama kat atas tu kubur ayah apis"..terkedu aku, aku cakap nanti kita pergi, anakku macam excited sangat nak memanjat jalan menuju ke kubur ayahnya. Aku cakap apis kena tunggu kejap lagi sampai selesai pengebumian mak sedara aku.Sehabis aje selesai aku terus membawa anakku ke kubur arwah suamiku bersama-sama adik beradikku yang lain.Sampai di kubur anakku terus cakap "ayah apis datang"..sayu aku mendengarnya...terus ayahku membaca tahlil dan doa anakku pun mengangkat tangan, selesai saja dia terus bertanya kat aku "ama kenapa tak bawa bunga apis nak tabur kat kubur ayah ama lupa ya"..tuhan saja yang tahu hati dan perasaan aku tika tu, ahli keluarga aku yang lain terus terdiam.Adikku terus memberi botol air dan menyuruh anakku menjirusnya.Semasa nak balik tu anak aku sempat mengambil dua biji batu sungai di kubur ayahnya dan berkata "ayah apis ambil batu ayah ya, terimakasih"....nanti apis datang lagi...hanya tuhan saja yang tahu dan memahami hati dan perasaan aku...amin.

Tuesday, June 16, 2009

Tok Yah...dalam kenangan

Pada hari semalam 16 Jun 2009,aku dikejutkan bunyi handphone tepat jam 3.50 pagi..aku rasa ketika ini semua orang tengah syok tido dan bermimpi. Aku menerima panggilan daripada mak saudaraku uda pin dengan suara yang tenang memberitau tok yah telah meninggal dunia akibat kanser pankreas.Dekat 10 minit aku terkedu, lepas tu aku terus menghubungi kakak-kakak dan adik-adik, hanya kakakku diKelantan saja yang menjawab panggilanku yang lain aku hantar sms.Masa aku nak bagitau orang tua ku risau juga takut dia orang terkejut, perlahan-lahan aku menjenguk bilik orang tua dan mengejutkan emak aku dan memberitaunya...aku tengok wajah mak aku tenang aje mendengar berita adik telah pulang ke rahmatullah. Lepas tu aku langsung tak boleh tidor, terus bangun dan membuat sarapan dan persiapan untuk ke klang. Jam 8.30 baru kami bertolak ke klang,sepanjang perjalanan aku terkenang balik kenangan-kenangan bersama mak saudara yang ku anggap macam ibu kedua, susah senang aku semasa tinggal di klang semuanya dia tau dan mengambil berat tentang aku dan anakku.Kira-kira pukul 10.30 pagi kami sampai di rumah arwah...aku dan emakku adalah orang terakhir menatap wajah arwah, aku cuba menahan sebak tapi tewas, mak aku sempat berpesan kalu nak cium arwah jangan menitis airmata...anak-anak arwah, kak long dan angah memelukku dan menangis,aku hanya bole berkata byk bersabar, kak chik ada ni.Menurut kata angah arwah meninggal dalam tidor jam 3.15 pagi, masa tu turn anak bongsunya yang jaga, tapi dia tertidor, sedar-sedar kaki dah sejuk tapi badan masih panas..masih baru meninggal.Kira-kira pukul 11 pagi jenazah dibawa ke masjid dan seterusnya ke kubur. Sampai saja di kubur anak aku berkata "ama tok yah nak masuk kubur sama dengan ayah apis ke??", pilu aku mendengarnya.Anak aku ingin pergi ke tepi lubang kubur tapi tak dapat kerana orang ramai, lepas tu dia asyik memandang bajak yang menimbus lubang lahad.Selesai membaca talkin, kami semua balik kerumah arwah dan membuat persiapan untuk majlis tahlil malam nanti, aku pandang setiap sudut rumah, masih terbayang-bayang wajah arwah, banyak kenangan bersama arwah mak sedara aku...dulu-dulu kalu dia nak kemana-mana akulah yang rajin melayannya jika anak-anaknya tak sempat.Kalau kerumah pasti ada saja masakan yang sedap-sedap dibuatnya.Arwah ni memang pandai masak, jika ada kendur-kendara dirumah jiran-jiran dia yang jadi tukang masak especially nasi beriani johor.Arwah seorang yang rajin memasak, mengemas dan melayan kerenah anak-anak saudara.Kalau saudara mara kampung datang ke kl pasti akan singgah kerumahnya.Jika arwah sekeluarga balik kampung pasti rumah aku jadi portnya, aku akan bawa dia ke Bukit Gambir untuk dia bersopping tudung, pinggan mangkuk sebab hobinya bershopping.Semasa aku menjaga arwah suami yang koma di hospital selama sebulan, arwah menolong jaga anak aku.Masa aku bersalin pun arwah yang sibuk kerana aku berpantang dirumahnya...arwah memang ku anggap macam ibu.Kali terakhir aku berjumpa dengannya kira-kira 2 minggu lepas semasa arwah berubat di Melaka..Sebelum arwah pulang dia sempat bersalam dan memelukku meminta mendoakan kesejahteraannya, aku dan arwah bertangis-tangisan.Aku pulang kekampung malam tu juga selepas majlis tahlil..sebelum pulang sempat pakcik berkata walaupun arwah telah tiada kita tetap tidak putus saudara..Aku doakan semoga dicucuri rahmat keatas rohnya dan ditempat bersama-sama orang yang beriman, aku rela pemergianmu...amin

Tuesday, June 9, 2009

SEPI...........



Dah setahun satu bulan aku pulang dan menetap di kampung........
Baru sekarang aku mulai terasa sunyi dan sepi, kekadang aku masih rasa sayu dan sedih mengenangkan kisah-kisah lama aku.Dah setahun empat bulan arwah suamiku pergi tapi aku terasa macam baru semalam dia meninggalkan aku dan anak tunggalnya.Aku rasa kehidupan aku masih dalam kenangan bersamanya. Walaupun life must go on tapi bukan mudah bagiku untuk melupakan kenangan manis dan pahit bersamanya. Anak tunggalku pun makin hari makin membesar fizikal dan mentalnya. Kekadang dia pun masih teringat kenangan bersama ayahnya. Apa saja barang-barang yang dibeli oleh ayahnya, dia akan kata "ini ayah apis yang belikan". Barang-barang peninggalan arwah suamiku pun anakku masih ingat, seperti cermin matanya, baju, kain pelekat even barang-barang kecil anakku kata barang ayahnya.Bila dia teringatkan arwah suamiku, anakku akan bercerita apis tabur bunga dan jirus air di kubur ayah dan bajak telah mengorek dan menimbus tanah kubur ayah. Kekadang bila dia ternampak kereta macam kereta kembara ayahnya di tengah jalan dia akan cakap itu kereta ayah apis, tapi kereta ayah apis telah diambil oleh nenek timahnya.Macamana aku boleh melupakan kenangan itu, sedangkan anakku masih ingat lagi peristiwa lama padahal ketika itu dia baru berumur dua tahun......Kekadang anakku akan bertanya kat aku, "ama kenapa ama tak beli ayah baru?".Tekedu juga aku nak menjawap soalan cepumas tu.Apa-apa pun hidup perlu diteruskan dan insyaallah aku akan menjaga dan mendidik anak aku hingga ke akhir hayatku dan berdoa dia akan menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.Aku pulak akan berbakti serta menjaga kedua orang tua ku sementara hayat dia orang masih ada.Untuk diriku......semoga kehidupanku berada didalam keadaan yang baik, selamat dan sejahtera..amin.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin