Wednesday, January 13, 2010

2 tahun berlalu....


Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya
tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu
wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi..pergi...
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya
kau kulupa
Apapun kata mereka
Biarkan kenangan
berbunga di ranting usia....
Salam...akak nak berkongsi cerita berkenaan selepas 2 tahun pemergian suami akak.
Sehingga ke saat ini akak masih mengingati kenangan bersama arwah dan masih menyayangi dan merinduinya.Hari ini pada 15 Januari 2010 genap lah dua tahun pemergian arwah suami akak. Dua malam sudah akak bermimpi berjumpa dengan arwah suami seperti biasa tanpa berkata-kata hanya memandang akak saja....Walaupun sudah 2 tahun pemergiannya ke rahmatullah tapi akak masih terlalu merinduinya dan kasih sayang akak kepada arwah suami masih utuh lagi.Hingga kesaat ini masih belum ada penggantinya.Hanya anak akak satu-satunya waris, tempat akak mencurahkan segala kasih sayang..Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempat bersama-sama orang yang beriman dan tenang di alam bazakh...Al Fatihah.

Thursday, January 7, 2010

Hari Pertama ke Tadika Islam PASTI


Salam..pakabar semua???Pada hari pertama persekolahan 4/1/2010, akak ambil cuti kerana excited nak hantar anak tunggal akak ke tadika islam PASTI. Anak akak pepagi kul 6.30 pagi dah bangun.Terasa kejap aje masa berlalu dah 4 tahun anak akak ni. Pukul 8 pagi akak bawak dia ke tadika, sampai aje di tadika akak terus ketempat pendaftaran ramai juga ibubapa mendaftarkan anak.Masa akak tengah mendaftarkannya anak akak dah menghilangkan diri rupanya dia dah masuk kelasnya dan mengcheck dinding kelas yang ada gambar-gambar,lepas dia dah mengambil patung-patung binatang dan susun diatas lantai tanpa rasa takut dan segan.Siap akak mendaftar akak bawak masuk kekelasnya sibuk pulak dia nak mengcolor kertas.Lepas tu akak pun balik kerumah kerana dia nak tinggal di tadika. Bila akak datang balik tengok dia tengah bermain-main dengan kawan baru dan akak tengok dia ada dibawah meja guru.Bila akak ajak balik dia tak mahu suruh akak tunggu dulu...time balik dia nak beratur depan sekali bila orang lain baca doa dia terkebil-kebil. Balik sekolah terus cakap esok apis nak pergi sekolah lagi.Start esok dan hari seterusnya anak akak excited nak ke sekolah alhamdulilah...anak akak berminat nak kesekolah tanpa banyak kerenah.Hari-hari bila akak balik dia akan ceritakan aktivitinya di sekolah.Anak akak ni pandai membawa diri dan berdikari, bila time balik tau cari kasut dan memakainya sendiri.Tapi hari kedua balik akak dapati pensil BEN10 dah hilang dan pensilnya dah kontot2, kotak pensil pun dah kemek. Bila akak tanya dia jawab kawan apis buat...sabo ajelah.Apa-apa pun akak berharap anak tunggal akak akan dapat belajar dengan baik dan bersungguh-sungguh agar berjaya menjadi orang yang berguna pada masa hadapan...wassalam..

Wednesday, January 6, 2010

Besday Muhammmad Hafeez



Salam...anak tunggal akak baru sahaja menyambut hari lahirnya pada 24/12/2009 cukup usianya 4 tahun.Tapi akak buat harijadinya alakadar saja bersama ahli keluarga yang lain pada 26/12/2009.Masa tu takde mood nak membuat secara besar-besaran tapi dengan bantuan ahli keluarga dapat juga mengadakan majlis kesyukuran. Biasa le mak akak mesti buat pulut kuning untuk sambutan bersama anak buah akak yang dapat UPSR 5A, PMR 8A, katam Quran dan lain-lain.Apa-apa akak bersyukur kerana dapat membesarkan anak tunggalku hingga ke hari ini.Moga anakku akan menjadi anak yang soleh serta berjaya dunia dan akhirat..lepas ni akak akan citerkan pasal hari pertama anak akak bersekolah.

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Salam....Pakabar semua???Akak nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua teman-teman yang mengenali diri akak ni.Semoga tahun baru ni membawa kesejahteraan, keberkatan, kesenangan dan bahagia kepada semua.Diri akak sempena tahun baru ni berazam nak bekerja lebih kuat lagi almaklum le baru menjadi penjawat kakitangan awam secara tetap.Moga dapat meneruskan kehidupan ini dengan lebih tenang dan selamat disamping dapat membesarkan anak tunggal akak agar dia menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.Minggu depan ni nak hantar anak ke tadika, tak tau camna reaksi dia hari pertama ke sekolah...tunggu.Oklah nanti kita sambung citer lagi ek..wasalam.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin