Thursday, January 7, 2010

Hari Pertama ke Tadika Islam PASTI


Salam..pakabar semua???Pada hari pertama persekolahan 4/1/2010, akak ambil cuti kerana excited nak hantar anak tunggal akak ke tadika islam PASTI. Anak akak pepagi kul 6.30 pagi dah bangun.Terasa kejap aje masa berlalu dah 4 tahun anak akak ni. Pukul 8 pagi akak bawak dia ke tadika, sampai aje di tadika akak terus ketempat pendaftaran ramai juga ibubapa mendaftarkan anak.Masa akak tengah mendaftarkannya anak akak dah menghilangkan diri rupanya dia dah masuk kelasnya dan mengcheck dinding kelas yang ada gambar-gambar,lepas dia dah mengambil patung-patung binatang dan susun diatas lantai tanpa rasa takut dan segan.Siap akak mendaftar akak bawak masuk kekelasnya sibuk pulak dia nak mengcolor kertas.Lepas tu akak pun balik kerumah kerana dia nak tinggal di tadika. Bila akak datang balik tengok dia tengah bermain-main dengan kawan baru dan akak tengok dia ada dibawah meja guru.Bila akak ajak balik dia tak mahu suruh akak tunggu dulu...time balik dia nak beratur depan sekali bila orang lain baca doa dia terkebil-kebil. Balik sekolah terus cakap esok apis nak pergi sekolah lagi.Start esok dan hari seterusnya anak akak excited nak ke sekolah alhamdulilah...anak akak berminat nak kesekolah tanpa banyak kerenah.Hari-hari bila akak balik dia akan ceritakan aktivitinya di sekolah.Anak akak ni pandai membawa diri dan berdikari, bila time balik tau cari kasut dan memakainya sendiri.Tapi hari kedua balik akak dapati pensil BEN10 dah hilang dan pensilnya dah kontot2, kotak pensil pun dah kemek. Bila akak tanya dia jawab kawan apis buat...sabo ajelah.Apa-apa pun akak berharap anak tunggal akak akan dapat belajar dengan baik dan bersungguh-sungguh agar berjaya menjadi orang yang berguna pada masa hadapan...wassalam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin