Wednesday, July 15, 2009

Spiderman Malaysia


Ini lah aksi anak aku berangan nak jadi spiderman, nasib baik dia tak buat melekapkan badan kat dinding sbb badan dia berat agaknya. Baju ni aku beli kat tangkak aje harga RM10.00 siap dapat topengnya lagi..tapi anak aku kata ni baju cicakman.


Inilah aktiviti harian anakku.....semalam baru beli robot transformers kat pasar malam, nasib harganya 3.00 aje, kalu 30.00 bangkrap aku.

6 comments:

  1. Salam Ain,

    Manis, cute, comel dan cerdik sijantung awak ni. Mesti baby ni jadi penghibur awak dan pengubat segala duka awak kan.....

    ReplyDelete
  2. Salam Rosli,

    Ya inilah buah hati pengarang jantung saya dan orang tua saya........Namanya Mohd Hafeez,kalu dia tiada kat rumah hati saya tak tentu arah, tercari2 suaranya....Dia kata dah besar nak bawa helikopter, tapi tak nak bawak kapalterbang takut jatuh!!!ada-ada saja budak zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
  3. Salam ain,

    Bila dengar lagu scorpion ni, rasa best pun ada, teringat masa muda-muda dulu, mesti you pun peminat lagu scorpion kan....

    Baby you mesti keletah dan pandai amik hati awak dan mak awakkan. Have a nice day

    ReplyDelete
  4. Salam rosli,

    Bila dengar lagu2 cam ni teringat zaman muda2 dulu....saya ni lebih suka dengar lagu lama2. Biasalah keletah bebudak nak membesar...maknya aje membesarkan badan..hah...hah..hah

    ReplyDelete
  5. Salam Ain,

    Badan membesar tak apa, yang pntg kita sihat dan tidak ada sakit yang berpanjangan. Smlm sorang kawan saya meninggalkan dunia dengan aman dan mcm dalam tido, umur dia 48, aktif sukan, tp sebab ajal dia dah smpi kita kena terima.

    Kita yang hidup ni kena amalkan hidup sihat, dulu saya slim, tp bila dah ada berkeluarga, perut pun jadi semakin boroi,,,,hope kita semua jaga diri dan jaga makanan dan jgn lupa bersenam, saya tiap hari naik tangga 5 tinkgat ke ofis, tgk pokok bunga dan sekali sekala pergi 'menyangkul' di 'ladang luas' yg bukan kepunyaan kita....golf. Have a nice day.

    ReplyDelete
  6. Salam rosli,
    Sekarang ni kalau nak meninggal dunia bukan kira tua muda...arwah suami saya meninggal dunia pada usia 42 tahun....kena kita beringat2 dunia n akhirat ya tak???
    Semlm bawak anak pi taman permainan...ada juga cuba-cuba alat exercise, ingat nak stat balik jogging.Dulu2 rajin berjogging kat tasik shah alam dan masa keja dulu ari2 panjat tangga tingkat 4 dgn staff jepun. Orang kat bandar exercise ke padang golf, kat kampung ni pi bekebun atau bersihkan keliling rumah sbb tu orang tua2 steady ajekan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin