Sunday, July 26, 2009

BISKUT RAYA


Salam semua,
Akak nak buat pengumuman penting...kepada sesapa yang ingin membeli biskut raya boleh le ke kaunter akak pada bila-bila masa. Ada sampel biskut raya, tapi tak bole rasa sebab stok limited sikit. Sebenarnya sepupu akak ni biasanya jual untuk pasaran sabah, sarawak dan brunei..tapi tahun ni akak cakap nak cuba market kat sini pulak...Murah aje harga orang kampung....kalu lalu lalang kat depan tu jangan lupa singgah kat tempat akak ek...bye..bye..

5 comments:

  1. Salam ain,

    Saya percaya mesti dah ramai kawan2 dan officemate ain yg tempah kuih dengan ain, semua orang nak beli kuih yang sedap dan harga yang berpatutan, kalau dekat saya pun akan order dengan ain. Semoga berjaya dan mendapat lebih rezeki dalam bulan yang penuh berkat ini..

    ReplyDelete
  2. Salam Rosli,

    Terimkasih atas segalanya.....Setakat ni alhamdulilah order dari rakan sekerja boleh tahan...ada juga letak kat kedai roti saya..takde ambil banyak untung, sekadar untuk buat duit raya untuk sekecik tu yang sedang membesar...kalu dedekat boleh saya hantarkan order saudara rosli tu..

    ReplyDelete
  3. Salam ain,

    Saja nak tau , kuih tart nenas you jual berapa harganya, batang buruk berapa harganya, london almond berapa, kalau dapat senraikan harga mengikut jenis kuih dan bilangan kuihnya, manalah tau jauh lebih murah di muar dari kl, boleh jugak dipertimbangkan, saya wpun orang selangor dah 18 tahun beraya kat Muar ( sejak kedua orang tua saya dah meninggal). Suasana raya kat Muar sentiasa meriah termasuk rombongan marhaban pada raya kedua hingga minggu kedua...

    ReplyDelete
  4. Salam Rosli,

    Buat sementara waktu ni saya belum start buat kuih tart n almond london jadi tak tau lagi nak letak harga.Biskut yang dah ada nipun yang biasa-biasa aje...sebalang 50 pcs saya jual RM15.00 aje,kalu kat kl berapa agaknya?Semlm saya pi kedai runcit, tokeh kedai dah bgtau skrg stok gula dah kurang, takut timbul masalah bila nak buat biskut.Biasalah raya kat kg mestilah meriah...masa ni lah kalu orang yg takde kg pun mengaku ada kg...

    ReplyDelete
  5. Salam Ain,

    Saya sendiri tidak pasti berapa harga kuih tahun ini, cuma last year seingat saya antara rm 18 ke rm 23 ( 50 keping), ikut jenis kuih , saya doakan Ain dapat order byk dan murah rezeki.

    By the way kg Ain kat area Muar yang mana, bab yg tak ada kg tu memang kesian, masa zaman saya sekolah rendah dulu, saya dan ramai kawan2 membesar di kawasan perumahan MPPJ dan PKNS di Petaling Jaya, ramai yg tak ada kg, so beraya di sekitar PJ, ada yang sanggup beraya di kg kawan.... biasalah gitu.... yang pasti beraya di kg memang best dan sentiasa meriah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin